LUBOK'S

Disini bermula segalanya...

 
E-Mel
YUSSKLK82@gmail.com
Tahukah Kamu !
Kebanyakan masyarakat percaya bahawa ikan paus adalah haiwan yang amat bijak kerana ia mempunyai otak yang besar dan kompleks tetapi kebijaksanaannya itu masih belum dibuktikan
Motivasi Diri
Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya ( ARISTOTLE )
Diari Sekolah
MAJLIS SILATHULRAHIM (26 JUN 2009)
Sepatah Dua
Taniah kepada murid yang cemerlang dalam peperiksaan PKSR 1
Petua Orang Lama
SEGAR MENYIHATKAN BADAN SECARA UMUM:bangun awal pagi,hirup udara segar +-10 (hirup dalam-dalam).mandi sebelum subuh.
Sweets Memories
Selamat Hari Raya
Saturday, September 19, 2009

Maaf Zahir n Batin by YUS
posted by YUS @ 6:14 AM   0 comments
Mmmmmmm......
Friday, June 19, 2009


CY : Dah puas menunggu...bila la nak selesai....
posted by YUS @ 2:22 PM   0 comments
Pilihan Raya Mini SKLK
Friday, March 27, 2009






Dalam kesibukan ahli politik berkempen dalam Persidangan UMNO atau persiapan menjelang Pilihan Raya Kecil, SK Lubok Kelubi juga tidak ketinggalan mengadakan Pilihan Raya Mini SKLK bagi memilih calon untuk mengisi jawatan Ketua Pengawas bagi sesi 2009.Pilihan raya tersebut telah diadakan pada 26 Mac 2009 bertempat di Dewan Bestari.

Antara calon-calon bagi jawatan tersebut ialah Muhammad Zaris Aiman B. Mohd Zabidy, Anwaruddin B. Sahlan , Khaliqah Bt. Kamarulzaman , Nur Adeeba Bt. Ibrahim dan Siti Umairah Bt. Mohamad Tarmizi. Kesemua mereka merupakan murid Tahun 6 Bestari. Perhimpunan pagi yang lepas telah menonjol bakat mereka dalam berkempen. Ternyata mereka memang ada bakat untuk menjadi pemimpin.Pengundi-pengundi terdiri daripada murid tahun 6 , pengawas sekolah dan guru.

Berikut adalah keputusan penuh Pilihan Raya Mini SKLK ;

1) Siti Umairah ( 54 undi )
2) Anwaruddin ( 50 undi )
3) Muhammad Zaris Aiman ( 24 undi )
4) Khaliqah ( 7 undi )
5) Nur Adeeba ( 5 undi )

Maka dengan keputusan tersebut, Siti Umairah dilantik sebagai Ketua Pengawas SKLK. Semoga beliau dapat memikul tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi.



posted by YUS @ 12:29 PM   0 comments
Banjir Oh Banjir !
Friday, March 13, 2009








Tergempar....Inilah kali pertama dalam sejarah sepanjang 5 tahun perkhidmatan saya di sini, SK Lubok Kelubi dilanda banjir. Menurut orang yang lebih lama di sini, tahun terakhir kawasan ini dilanda banjir besar adalah pada tahun 1993. Sudah hampir 16 tahun berlalu. Sekolah ini boleh dikatakan berada dikawasan yang agak tinggi. Cuba bayang bagaimanakah agak kawasan di luar. Sudah pasti ramai rumah murid-murid di sekolah ini yang dilanda banjir. Walau apa pun yang berlaku, aggaplah ini satu ujian dariNya.
posted by YUS @ 12:33 PM   0 comments
Merentas Desa 2009
Monday, March 2, 2009








Seperti tahun-tahun sebelumnya, merentas desa merupakan salah satu program yang wajib dilaksanakan di peringkat sekolah. Pada 20 Februari 2009, SK Lubok Kelubi telah mengadakan aktiviti ini yang melibatkan murid-murid Tahap 2.

Peserta larian merentas desa dilepaskan oleh Pn. Hjh. Zuraidah Bt. Hj. Shaari iaitu guru besar SK Lubok Kelubi pada jam 8.30 pagi. Jarak larian pada kali ini sejauh 3.5 km iaitu bermula dari sekolah merentasi Kampung Jawa dan kembali semula ke sekolah.

Kerjasama daripada semua guru dan pihak polis telah melancarkan perjalanan program merentas desa pada kali ini.Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.
posted by YUS @ 2:00 PM   0 comments
Perkembangan Staff Matematik
Wednesday, February 11, 2009






Sekali lagi pada tahun ini SK Lubok Kelubi menjadi tuan rumah bagi Program Perkembangan Staff Matematik. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menambah ilmu pengetahuan dan berkongsi ilmu untuk memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Ceramah disampai oleh Pn. Zalilah Bt. Otman iaitu seorang guru yang berpengalaman dalam bidang Matematik. Dalam ceramah, eliau menekan aspek pembinaan item soalan dan berkongsi ilmu bagaimana meningkatkan penguasaan murid dalam matapelajaran matematik.

Antara sekolah yang terlibat dalam program ini ialah SK Kuala Pomsun, SK Sungai Lui , SK Dusun Tua dan SK Tun Abdul Aziz Majid. Semoga melalui program seperti ini, kita dapat mendidik anak bangsa dengan lebih cemerlang.
posted by YUS @ 4:06 PM   0 comments
Kenangan 2008
Tuesday, February 3, 2009







Walaupun Tahun 2008 telah meninggalkan kita, tetapi ia tetap dalam ingatan kita semua. Lihatlah telatah mereka begitu gembira sekali. Gambar diatas diambil sewaktu jamuan akhir tahun kelas 5 Dinamik / 2008. Sekarang mereka telah pun berada di tahun 6. Apa yang boleh cikgu harapkan agar murid-murid sekalian belajar bersungguh-sungguh dan fokus untuk peperiksaan UPSR. Semoga cita-cita kamu tercapai.Amin.......


posted by YUS @ 1:03 PM   0 comments
Kenali Diriku

Name: YUS
Home: Alor Setar, Kedah, Malaysia
About Me: Cikgu Yus
See my complete profile
Pukul Berapa Ni ?
Kalender

Free Blog Content

Jumlah Pelawat
Free Hit Counter
Free Counter>
Kalendar Islam
Previous Post
Archives
Geng Blogger
Akses Web Lain
Akhbar Online
Web Pendidikan
Web Sekolah
Hiburan
Jom Chat !
Halwa Telinga
Powered by

BLOGGER

© LUBOK'S .Blogspot Template by Isnaini Dot Com